Reaksi Kiatisuk Senamuang Selepas Undian Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
B5TcqdhCUAA0VMt

Selepas undian pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Russia 2018 dibuat petang tadi, wakil tunggal dari Asia Tenggara, Thailand, berada dalam kumpulan B bersama Australia, Jepun, UAE, Arab Saudi dan Iraq bagi merebut 2 slot automatik sebagai juara dan naib juara kumpulan masing-masing.

12936656_10153613662027333_1708921976632275309_n

Cemerlang Di Pusingan Kedua Kelayakan

Thailand walaupun ditempatkan dalam Pot 6 berdasarkan ranking semasa FIFA, sebenarnya layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia apabila menjadi juara kumpulan F dengan mengutip 14 mata hasil 4 kali menang dan 2 kali seri.

Berdasarkan undian pusingan akhir, Thailand sekali lagi akan bertemu Iraq, dimana pada pusingan kedua, hanya keputusan seri 2-2 dicatatkan bagi perlawanan home dan away.

14 gol telah dijaringkan dan 6 kali bolos – jelas menunjukkan Thailand bukan calang-calang pasukan untuk dittewaskan dengan mudah.

 

Reaksi Yakin Ketua Jurulatih Thailand – Kiatisuk Senamuang

” Tanpa mengira siapa lawan kami, pusingan akhir ini merupakan satu tugas yang sukar kerana kami adalah pasukan dengan ranking paling rendah. Tetapi, saya yakin kami juga mempunyai sesuatu kerana telah berjaya sampai ke pusingan akhir ini.”

“Perkara paling penting adalah persiapan. Ini adalah penampilan pertama kami dalam tempoh lebih sedekad. Ini peluang kami. Kami akan lakukan yang terbaik.”

“Salah satu kelebihan kami adalah perlawanan di tempat sendiri. Dengan sokongan padu, kami bersedia untuk mengejutkan pasukan hebat yang lain!”

Kali terakhir Thailand layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia adalah pada 2001 ( Piala Dunia 2002). Ketika itu, Kiatisuk Senamuang masih lagi sebagai seorang pemain skuad kebangsaan Thailand. Dan kali ini “Zico” bersedia untuk merencanakan skuad “War Elephant” itu dipentas pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments