Anak Terengganu Kagum Budaya Penyokong Persib Bandung

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
044700700_1460464868-P_20160412_121102

2 orang anak muda dari Terengganu, Arif Kori dan Hafiz Zaidi telah berkunjung ke markas Viking Persib Bandung di Jalan Ahmad Yani, Bandung Indonesia semalam bagi mengenali budaya dan gaya penyokong Persib bandung dengan lebih dekat.

“Penyokong Persib luar biasa dan gila! Kalau di Malaysia, khususnya Terengganu FA, Malaysia belum seperti di sini (Persib). Memang kalau soal penyokong, Indonesia ini terdepan, yang kedua Malaysia, dan ketiga Thailand,” ujar Arif, salah seorang dari Ultras Terengganu FA.

Menurut Arif lagi, beliau pernah berkunjung ke Thailand dan mengakui dari segi pembangunan program bola sepak, Thailand masih jauh dihadapan namun dari perspektif penyokong, Indonesia jelas paling fanatik.

“Di sini , saya lihat pelbagai lapisan umur memakai jersi Persib – orang dewasa, kanak-kanak, dan sekeluarga. Sungguh luar biasa, padahal tidak ada sebarang perlawanan melibatkan Persib,” kata Arif.

Jelas Arif lagi, beliau turut bersimpati diatas penggantungan pasukan kebangsaan dan liga Indonesia oleh FIFA. “Semoga bola sepak Indonesia akan kembali seperti biasa. Siapa tahu Persib akan bertemu Terengganu di AFCCup,” harap Arif.

Bagi Hafiz Zaidi pula yang kali pertama sampai di Kota Bandung, beliau mengetahui berkenaan beberapa bekas pemain Persib.

“Saya pernah bertemu dan bergambar dengan Sergio van Dijk di Thailand, juga bersama Ahmad Jupriyanto yang pernah menjalani trial bersama Terengganu,” ujarnya.

bobotoh-persib-bandung_20141201_145904

Menurutnya lagi, beliau tidak ketinggalan untuk mengambil tahu berita berkenaan Persib melalui website rasmi. “Saya teringin untuk menyaksikan perlawanan Persib di stadium. Sebelum ini Terengganu dijadualkan akan bertemu Persib namun disebabkan beberapa perkara, ia tidak menjadi kenyataan.”

“Persib di Malaysia pun dikenali ramai. Tapi bukan hanya Persib, ada juga penyokong Arema dan Persebaya.” ujar Hafiz.

Hafiz mengaku ingin mempelajari budaya penyokong Persib Bandung, namun sayangnya belum ada waktu yang sesuai mengenali dengan lebih dekat.

“Kalau ada waktu yang saya ingin mempelajari juga dan kami terapkan di sana.” jelas Hafiz.

comments