Hassan Sunny Disenarai Dalam World Top 20 Best Goalkeepers
|
Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny tersenarai dalam World Top 20 Best Goalkeepers, menurut laporan The Telegraph, mendahului penjaga gol dari Stoke City Jack Butland dan Malaga, Idriss Carlos Kameni.
Siapa Hassan Sunny?
Beliau merupakan salah seorang produk dari kumpulan ‘pioneer’ National Football Academy (NFA) bersama-sama Baihakki Khaizan, Shahril Ishak dan Khairul Amri pada tahun 2000.
Sebelum menyertai kelab Thai Premier League, Army United, Hassan Sunny beraksi bersama Geylang United, Young Lions, Tampines Rovers dan Warriors FC dalam saingan S-League dari tahun 2003 hingga 2014.
Beliau menyertai Army United mulai musim 2015 dan debut pertamanya apabila bertemu Royal Thai Navy.
Hassan Sunny memulakan karier bola sepaknya sebagai seorang pemain tengah dan bukan sebagai penjaga gol. Pertukaran posisi ini berlaku kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkannya untuk berlari selama 90 minit disebabkan masalah asma. Akhirnya Hassan mula mengawal gawang gol dari usia 12 tahun.
Senarai penuh World Top 20 Best Goalkeepers.
1) Manuel Neuer – Bayern Munich & Germany
2) David de Gea -Mmanchester United & Sepanyol
3) Gianluigi Buffon – Juventus & Italy
4) Mattia Perin – Genoa & Italy
5) Petr Čech – Arsenal & Czech Rep.
6) Claudio Bravo – Barcelona & Chile
7) Hugo Lloris – Tottenham Hotspur & France
8) Thibaut Courtois – Chelsea & Belgium
9) Kevin Trapp – Paris Saint Germain (PSG) & Germany
10) Keylor Navas – Real Madrid & Costa Rica
11) Bernd Leno – Bayern Leverkusen & Germany
12) Joe Hart – Manchester City & England
13) Fernando Muslera – Galatasaray & Uruguay
14) Igor Akinfeev – CSKA Moskow & Russia
15) Samir Handanović – Inter Milan & Slovenia
16) Stéphane Ruffier – Saint-Etinenne & France
17) Marc-Andre ter Stegen – Barcelona & Germany
18) Hassan Sunny – Army United & Singapore
19) Jack Butland – Stoke City & England
20) Idriss Carlos Kameni – Malaga & Cameroon
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : 300 Penyokong FC Bari 1908 Menyambut Ketibaan Dato’ Noordin Ahmad