300 Penyokong FC Bari 1908 Menyambut Ketibaan Dato’ Noordin Ahmad

Lebih 300 orang penyokong setia FC Bari 1908 menyambut ketibaan pemilik baru mereka, Dato’ Noordin Ahmad di Lapangan Terbang Bari Karol Wojtyła, Bari semalam.
Ahli perniagaan berasal dari Malaysia itu dilaporkan sudah menandatangani “preliminary agreement” pada 8 April 2016 dengan Presiden FC Bari 1908, Gianluca Paparesta yang membenarkan Dato’ untuk membeli 50% pegangan dalam FC Bari 1908.
Selepas tiba di lapangan terbang jam 6:30 petang, diiringi oleh penasihatnya yang juga seorang peguam, Grace Iannarelli, disambut oleh Gianluca Paparesta sendiri sebelum disambut oleh penyokong di kawasan ketibaan.
“Loving! The people of Bari are very warm people, very affectionate. I feel a lot of affectionBari that struck me immediately. I’m glad to be here. Forza Bari! ”
Penyokong FC Bari melaungkan kata-kata semangat dan menyanyikan lagu kelab mereka serta menyatakan keinginan kepada Dato’ untuk membawa FC Bari 1908 ke Serie A.
Dato’ Noordin Ahmad kemudian menaiki kereta bagi membuat lawatan ke bandar Bari bersama pihak pengurusan tertinggi FC Bari. Selepas itu, Gianluca Paparesta membawanya untuk berjumpa dengan Mayor of Bari, Antonio Decaro.
Dan hari ini akan diadakan sidang media yang juga disertai oleh penasihatnya Grace Iannarelli dan Mayor of Bari, Antonio Decaro, dimana Dato’ Ahmad Noordin akan menerangkan segala perancangannya untuk kelab tersebut.
“We will try to illustrate the best programs to make this getting stronger project, ” jelas Presiden Gianluca Paparesta.
Selain itu, Dato’ Ahmad Noordin juga akan hadir menyaksikan perlawanan di antara FC Bari 1908 bertemu Como di Stadium San Nicola.
Video Ketibaan Dato’ Noordin Ahmad Di BariGianluca Paparesta menyambut ketibaan pemilik baru FC Bari 1908, Dato’ Noordin Ahmad di Lapangan Terbang Bari Karol Wojtyła, Bari, disambut meriah oleh penyokong fanatik mereka.
Posted by Football Channel Malaysia on Wednesday, 13 April 2016
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
ABOUT THE AUTHOR
Ahmad Ridzuan fcmy99
Next : Jordan, UAE & Montenegro Sertai Kejohanan Piala Raja Thai
-
Jenama Warrix Sah Pengeluar Rasmi Jersi Skuad Kebangsaan Thailand Mulai 2017
No Comments | Sep 16, 2016 -
Rasmi: Liga Thailand Buka Kuota Pemain Import Dari ASEAN Mulai Musim 2018
No Comments | Sep 15, 2016 -
SPRM Sahkan Tiada Sebarang Unsur Rasuah Dalam Pendrive!
No Comments | Sep 5, 2016 -
Ahmad Hazwan Bakri Dan Amri Yahyah Pemain Paling Bahaya – Andik Vermansyah
No Comments | Sep 4, 2016