Jordan, UAE & Montenegro Sertai Kejohanan Piala Raja Thai

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
496809868

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) hari ini mengumumkan secara rasmi nama-nama pasukan yang akan menyertai kejohanan Piala Raha Thai ke 44 di Bangkok, Thailand. Pasukan yang akan menyertai kejohanan itu terdiri dari Thailand sebagai tuan rumah, UAE, Jordan dan Montenegro.

Selepas layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Zon Asia, Thailand akan menggunakan kejohanan ini sebagai salah satu dari persiapan mereka untuk cabaran dari pasukan terkuat Asia lain dalam pusingan akhir kelayakan disamping meraikan jubli emas bola sepak Thailand.

518013656

Menurut FAT, UAE yang kini berada diranking 68, telah mengesahkan penyertaan mereka walaupun dijadualkan akan berada dalam kumpulan yang sama dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia nanti. Sebuah lagi pasukan dari Timur Tengah, Jordan, ranking 82, juga sudah mengesahkan penyertaan manakala Montenegro, ranking 94, sedia menerima jemputan dari FAT dengan segera.

55084c5bc5b80

“UAE dan Jordan sudah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Piala Raja Thai. Montenegro pula, kami sedang dalam proses memberi maklum balas kepada mereka,’ kata Pisan Jundilok, Setiausaha FAT.

Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang, memberikan komen yang cukup positif selepas mengetahui lawan mereka dalam kejohanan itu.

“Masa yang tepat! Walaupun kami satu kumpulan dengan UAE, tapi kami tidak kisah. Kedua-dua pasukan akan mendapat faedah dari kejohanan ini,” katanya lagi.

128784959

” Montenegro pula, mereka dari Eropah dan ia bagus untuk kami mempersiapkan pasukan bertemu Australia,”

Kejohanan Piala Raja Thai ke 44 ini akan diadakan dari 3 hingga 5 Jun 2016 di Bangkok,Thailand.

comments