10 Kelab Eropah Yang Dimiliki Oleh Ahli Perniagaan Asia Tenggara

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
asian fc owners 1 tony fernandes

Selepas berita pemilikan kelab Serie B Italy, FC Bari 1908 oleh seorang ahli perniagaan Malaysia, Dato’ Noordin Ahmad, ramai dikalangan peminat bola sepak ASEAN umumnya dan Malaysia khasnya, cuba untuk mengkaji siapa pemilik-pemilik kelab di eropah yang berasal dari ASEAN.

Disini kami senaraikan 10 buah kelab eropah yang dimiliki oleh bilionair dari ASEAN.

1. FK Sarajevo (Bosnia)
PZcKl1yGKGgG5bINDZyHAGNafXh6LIcwRrgYisXa3kk

Ahli perniagaan Malaysia, Vincent Tan, membeli kelab Bosnia ini pada 2013 dengan nilai dilaporkan sekitar USD2 juta. Dibawah pengurusan baru, FK Sarajevo telah berjaya menjuarai “Bosnia Herzegovina Football Cup” pada 2014, menamatkan penantian 7 tahun kelab itu tanpa sebarang kejuaraan.

Pada musim 2014-2015, FC Sarajevo berjaya layak ke Europa League play-off dan berjaya menjadi juara liga buat kali pertama dalam masa 8 tahun.
2.K.V Kortrijk (Belgium)

76575
Vincent Tan juga memiliki kelan dari Belgium, KV Kortrijk dengan nilai EUR5 juta.
Kelab ini telah berjaya mencapai kejayaan dalam saingan domestik dan sekarang sedang memburu tempat ke saingan Europa League musim hadapan.

 

3. Cardiff City (United Kingdom)

Sekitar 2010, Vincent Tan dan rakannya Chan Tien Ghee membuat keputusan untuk membeli kelab Cardiff City dengan impian untuk melihat kelab itu beraksi dalam saingan Barclay Premier League.
51 peratus saham kelab telah dibeli dan berjaya membantu Cardiff City layak ke saingan Barclays Premier League musim 2013.

Bagaimanapun, mereka hanya bertahan selama 1 musim sahaja dan turun kembali ke saingan Football League Championship pada 2014-2015.

 

4. Queens Park Rangers F.C (United Kingdom)

asian fc owners 1 tony fernandes

Billionair Malaysia, Tony Fernandes membeli 66 peratus pegangan saham QPR dari Bernie Ecclestone dan menjadi pengerusi kelab itu dari 2011.

Sejak dari itu, QPR telah beraksi dalam saingan Premier League selama 3 musim dan sekarang masih cuba untuk menjuarai saingan Championship.

 

5. Valencia (Spain)

Peter-Lim-Welcome-To-Valencia

Taikun dari Singapura, Peter Lim membuat keputusan memiliki 70.4% saham dalam kelab Valencia pada bulan Mei 2014 – menjadikannya sebagai pemilik kelab tersebut.

Dalam musim pertama dibawah pengurusan baru, Valencia menamatkan saingan ditangga ke 4 liga yang membolehkan mereka beraksi dalam saingan UEFA Champions League 2015-2016.

 

6. Inter Milan (Italy)

Pada November 2013, selepas 2 bulan perbincangan, ahli perniagaan tersohor Indonesia, Erick Thohir berjaya menjadi pemilik kelab gergasi Italy, Inter Milan selepas memiliki 70% saham dari Massimo Moratti.

 

7. Leicester City (United Kingdom)

02_18204636_70e5ce_2610303a

Kelab ini sedang meraikan kejayaan mereka dalam saingan liga musim ini termasuk sudah layak ke saingan UEFA Champions League musim hadapan.

Vichai Srivaddhanaprabha, seorang bilionair dari Thailand telah memainkan peranan besar dalam membantu kejayaan kelab itu selepas menjadi pemegang saham utama pada 2011, ketika mereka masih beraksi dalam saingan Championship.

 

8. Reading (United Kingdom)

JS77145027-1

Beberapa ahli pernigaan Thailand lain termasuk Narin Niruttianon cuba untuk memperluaskan pengaruh mereka bola sepak Inggeris.

Pada 2014, Narin yang juga merupakan anak kepada Cheng Niruttinanon membelanjakan 26 juta Pound bagi membeli 50% pegangan saham dalam kelab tersebut.

 

9. Sheffield Wednesday (United Kingdom)

1425439072_1-org

Sebuah lagi kelab Championship yang dimiliki oleh ahli perniagaan dari Thailand, Dejphon Chansiri – Sheffield Wednesday.

Bilionair dari Thailand ini merupakan taikun industri perikanan telah membelanjakan sejumlah 37.5 juta Pound pada 2015 untuk menjadi pemilik kelab.
10. Bari (Italy)

dato-noordin-630x415

Terbaru, bilionair dari Malaysia, Noordin Ahmad telah membeli 50% saham dalam kelab FC Bari 1908 yang beraksi dalam saingan Serie B.

Beliau telah membelanjakan 12 juta Euro dan bakal menubuhkan akademi bola sepak di Malaysia untuk membantu membangunkan bakat muda ke peringkat antarabangsa. is also the CEO of the club.

comments