ToT United Cakan Bertanding dalam Perlawanan Akhir Neymar Jr’s Five Di Brazil
|
Sembilan jam yang hebat, beratus-ratus belia, dan setelah bertarung dengan banyak pasukan lain, ToT United Cberjaya menewaskan pesaing-pesaing mereka dan mara ke Peringkat Akhir GlobalNeymar Jr’s Five di Brazil. Diketuai Muhammad Shamar bin Fadzil (23), pasukan ini dianggotai Hazizi bin Mansor (23), Muhammad Aidil Shahril bin Rosli (19), Syed Aizad Daniel bin Syed Nasir (20), Muhammad Hazreen bin Muhammad Ali (24), Mohd Azrol bin Hairun (23)dan Muhammad Faiz bin Mazlan (19). Jaringan gol oleh Aidil telah menempah tempat ToT United C untuk mewakili negara Malaysiadi Perlawanan Akhir Neymar Jr’s Five yang akan berlansung di Brazil, Julai tahun ini.
Membesar di Lembah Klang, kecuali Azrol yang merupakan anak Pahang –ahli pasukan ToT United C telah bermain bersamasejak tahun 2007. Ikatan kuat sesama mereka yang hanya boleh dikembangkan melalui pengalaman berlatih sebagai pasukan amat terpancar dalam cara mereka bermain. Kebiasaan mereka dengan posisisetiap ahli pasukan membenarkan mereka untuk menghantar bola dengan pantas dan melaksanakan pergerakan taktikal denganlancar semasa permainan.Azroljuga merupakan Pemain Paling Bernilai (MPV) Neymar Jr’s Five hari ini.
“Pusingan peringkat akhir ini memang penuh debaran. Kami terlalu fokus terhadap permainan sehinggakan kami tidak sedar yang permainan sudah habis. Apabila kami diberitahu yang kami telah menang, kami melompat dengan gembiranya!” kata Shamar, ketua pasukan. “Walaupun pada mulanya sukar untuk percaya yang kami akan mewakili Malaysia,kami akan berusaha keras danberlatih dengan teguh untuk membanggakan negara.”ToT United C akan pergi ke kampung halaman Neymar Jr –Praia Grande, Brazil, pada bulan Julai untuk bersaingdengan 42 negara lain di perlawanan akhir. Sebagai salah satu pasukan yang akan mewakili benua Asia, mereka tidak sabar untuk mengibarkan bendera Malaysia di persada antarabangsa.
Sejak bulan April, pemain bola sepak bintang Brazil dan Barcelona –Neymar Jr –telah mencari wakil negara daripada enam benua untuk menubuhkan pasukandan mengambil bahagiandalam perlawanan lima-lawan-lima beliau. Sejak itu, wakil-wakil dari Portugal, Mexico, Sepanyol, United Kingdom, Turkey(antaranya), dan kini Malaysia telah menyahut cabaran beliau, dengan lebih ramai wakil negara yang akan bakal muncul.
Perlawanan akhir Neymar Jr’s Five yang dinanti-nantikan akan berlansung di Instituto Projeto Neymar Jr,Sao Paulo, Brazil. Pasukan akan bermain dengan format yang sama. Ia adalah permainan bola sepak lima-lawan-lima dimana pasukan akan kehilangan seorang pemain dengan setiap gol yang dijaringkan oleh pihak lawan. Setiap pusingan akan berlangsung selama sepuluh (10) minit, atau sehingga sebuah pasukan telah kehilangan kesemua lima (5) pemainnya. Apabila wisel ditiup, pasukan dengan bilangan pemain yang paling banyak di padang akan memenangi pusingan tersebut. Sekiranya seri, pemenangnya akan ditentukan dengan sepakan penalti.
Juara perlawanan akhir juga akan menjadi tetamuNeymar Jr di sebuah perlawanan di “Camp Nou” di Barcelona, Sepanyol. Saksikan video Neymar Jr’s Fivedi www.facebook.com/redbull/videos/10156851963225352.
Latar belakang Neymar Jr’s Five
Neymar Jr’s Five adalah satu perlawanan bola sepak lima-lawan-lima antarabangsa yang diilhamkan oleh bintang Brazil dan Barcelona Neymar Jr. Ia bukanlah permainan bola sepakyang biasa, dan inilah sebabnya;
Peraturannya mudah; apabila sebuah pasukan melepaskan gol, ia harus menyingkirkan salah seorang daripada pemainnya dari padang. Setiap perlawanan adalah selama sepuluh (10) minit, atau sehingga satu pasukan telah kehilangan kesemua lima (5) pemain -ini menjadikannya pantas, teknikal dan taktikal. Apabila wisel ditiup, pasukan dengan bilangan pemain yang paling ramai akan memenangi pusingan tersebut.
Acara perlawanan akhir global akan berlangsung di Instituto Projeto Neymar Jr, Sao Paulo, Brazil. Institut ini adalah sebuah kompleks pendidikan dan sukan bukan bermotifkan keuntungan yang diasaskan oleh Neymar Jr dan keluarga beliau. Dilancarkan pada tahun 2014, Instituto Projeto Neymar Jr adalah program ‘FutbolNet’ kedua di Brazil dengan kerjasama FC Barcelona Foundation. Misi institut ini adalah untuk menyumbang kepada pendidikan keluarga, mempromosikan aktiviti praktikal dan memberikan komuniti Praia Grande akses kepada budaya.
Untuk maklumat lanjut, sila log masuk ke www.neymarjrsfive.com.
Next : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Dipilih Sebagai Venue Perlawanan Korea Selatan vs Syria