Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Dipilih Sebagai Venue Perlawanan Korea Selatan vs Syria
|
Selepas kegagalan untuk mencapai persetujuan diantara Macau dan Syria, venue perlawanan bagi pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 diantara Korea Selatan bertemu Syria pada 6 September 2016 sah akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Syria tidak dapat mengadakan perlawanan itu ditempat sendiri akibat perang, telah bersetuju memilih Stadium Olimpik Macau sebagai venue asal. Namun selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, ia dipindahkan ke Malaysia.
OFFICIAL | South Korea’s #WCQ2018 game against Syria on 6 September will be held at Paroi Stadium in Malaysia. pic.twitter.com/obKusdfmG8
— Korea Football News (@KORFootballNews) September 1, 2016
Perkara ini juga telah pun disahkan oleh pegawai AFC, dimana Stadium Tuanku Abdul Rahman yang berkapasiti 20,000 itu akan menjadi ‘home’ kepada pasukan Syria.
Next : MD1: Highlights Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia