Pemain Al-Nasr Digantung 60 Hari Bagi Siasatan Penggunaan Pasport Palsu Indonesia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
jaish_nasr_qf_wanderley

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin AFC telah menggantung penyerang Al-Nasr dari UAE, Santos Monteiro Junior Wanderley dari sebarang aktiviti bola sepak Asia selama 60 bagi bagi membuat siasatan status warganegara pemain tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas menerima maklumat rasmi dari pihak berkuasa Indonesia, yang memaklumkan pasport yang dipegang oleh Wandeley itu adalah tidak sah atau palsu.Warnderley yang didaftarkan dalam senarai pemain kebab Al-Nasr (UAE) dilahirkan di Brazil, juga didaftarkan dalam AFC Champions League sebagai pemain kuota Asia.

Al-Nasr's forward Wanderley (C) celebrates his second goal, and his team's third, during the Asian Champions League quarter-final football match between Qatar's El-Jaish and UAE's Al-Nasr at Abdullah Bin Khalifa Stadium in Doha on August 24, 2016. / AFP PHOTO / KARIM JAAFAR

AFP PHOTO / KARIM JAAFAR

Selain itu, AFC juga telah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya 3 lagi pemain yang pernah dan sedang beraksi dalam saingan AFC Champions League 2016 sebagai pemain status kuota Asia, berkenaan bagaimana mereka mendapat status warganegara dari Asia.

Menurut AFC, mereka memperkenalkan format “3+1” bagi pemain import dengan 1 slot kepada pemain dari negara-negara Asia, dengan tujuan membuka lebih peluang kepada pemain-pemain Asia mendapat peluang beraksi. Namun, banyak kelab yang mengambil kesempatan untuk membawa pemain dari Amerika Latin dan didaftarkan sebagai pemain dari Asia.

Dalam aksi suku akhir pertama AFC Champions League 2016, Wanderley menjaringkan 2 gol untuk Al-Nasr, membolehkan mereka untuk mengatasi El-Jaish SC dari Qatar dengan keputusan 3-0 ditempat lawan. Lebih menarik, Wanderley telah dinamakan sebagai pemain terbaik suku akhir pertama AFC Champions League 2016.

screencapture-the-afc-toyota-player-of-the-week-1472892286405

comments