Ahmad Hazwan Bakri Dan Amri Yahyah Pemain Paling Bahaya – Andik Vermansyah
|
Menjelang sepak mula perlawanan persahabatan diantara Malaysia bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Solo pada 6 September nanti, skuad Alfred Riedl sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan dari Harimau Malaysia.
Menurut penolong jurulatih Indonesia, Wolfgang Pikal, mereka telah mempersiapkan strategi permainan selepas menyaksikan banyak video perlawanan Malaysia serta kehadiran Andik dalam pasukan juga merupakan kunci kepada maklumat-maklumat penting pemain Malaysia.
“Andik memberikan kami banyak maklumat berkenaan pemain-pemain Malaysia yang patut diberikan perhatian dalam perlawanan itu nanti.”
Andik yang sudah hampir 3 musim pengalaman di liga Malaysia memberitahu ada 2 pemain yang perlu diberi perhatian oleh skuad Garuda – Ahmad Hazwan Bakri dan Amri Yahyah.
“Ya, kami akui ada 2 pemain Malaysia yang perlu diberikan perhatian, salah seorangnya adalah Amri. Namun kami telah mempersiapkan strategi untuk menghadapinya”, kata Wolfgang Pikal.
Indonesia akan mengadakan 2 lagi perlawanan persahabatan bertemu Myanmar dan Vietnam sebelum kejohanan Piala Suzuki AFF 2016.
Harga tiket bagi perlawanan itu adalah seperti berikut:
- Tribune VIP IDR 150,000
- Tribune Barat IDR 100,000
- Tribune Timur IDR 50,000
- Belakang gol IDR 30,000
Next : SPRM Sahkan Tiada Sebarang Unsur Rasuah Dalam Pendrive!