SPRM Sahkan Tiada Sebarang Unsur Rasuah Dalam Pendrive!

Berikut merupakan kenyataan rasmi dari FAM berhubung isu pendrive yang diserahkan oleh Khairy Jamaluddin kepada SPRM beberapa hari lalu.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung keputusan siasatan berkenaan isu pendrive.
Kenyataan SPRM itu telah menjelaskan sepenuhnya bahawa isi kandungan pendrive yang diserahkan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin kepada mereka pada 2 September lalu didapati tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.
Walau bagaimanapun, pihak persatuan tetap prihatin mengenai saranan SPRM bagi proses penambahbaikan khususnya berhubung isu-isu teknikal yang telah dibangkitkan.
Selepas menerima laporan lengkap mengenai siasatan pendrive itu daripada SPRM dalam tempoh terdekat ini, pihak persatuan akan meneliti dokumen tersebut sebelum melakukan sebarang tindakan selanjutnya.
Dengan penjelasan SPRM itu, diharap isu pendrive ini telah pun selesai dan ingin diperjelaskan lagi bahawa pihak persatuan sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama dalam apa juga isu termasuk SPRM dan mana-mana pihak atau penyokong demi kebaikan bola sepak Malaysia.
Berikut pula merupakan kenyataan rasmi dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) melalui media sosial Facebook.
ABOUT THE AUTHOR
Ahmad Ridzuan fcmy99
Prev : Ahmad Hazwan Bakri Dan Amri Yahyah Pemain Paling Bahaya – Andik Vermansyah
Next : AFC Champions League: Jeonbuk Hyundai 5-0 Shanghai SIPG
Next : AFC Champions League: Jeonbuk Hyundai 5-0 Shanghai SIPG
-
Jenama Warrix Sah Pengeluar Rasmi Jersi Skuad Kebangsaan Thailand Mulai 2017
No Comments | Sep 16, 2016 -
Rasmi: Liga Thailand Buka Kuota Pemain Import Dari ASEAN Mulai Musim 2018
No Comments | Sep 15, 2016 -
Ahmad Hazwan Bakri Dan Amri Yahyah Pemain Paling Bahaya – Andik Vermansyah
No Comments | Sep 4, 2016 -
MD1: Highlights Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia
No Comments | Sep 2, 2016