Rasmi: Liga Thailand Buka Kuota Pemain Import Dari ASEAN Mulai Musim 2018

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
toyota_thai_premier_league_logo

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) secara rasminya telah mengumumkan peraturan baru bagi slot pemain import dari ASEAN bagi pasukan Thai Premier League dan D1 League mulai musim 2018.

Mengikut keputusan mesyuarat hari ini, pihak jawatankuasa telah bersetuju membuka slot baru bagi pemain ASEAN untuk membantu pembangunan bola sepak serta menaikkan lagi atmosfera bola sepak dirantau Asia Tenggara khasnya.

14311206_1632594960365465_5963259420852870238_o

Berdasarkan peraturan semasa, kelab Thai Premier League dan D1 League dibenarkan untuk mendaftarkan 4 pemain import dan 1 pemain dari ahli AFC – format 4+1. Dan mulai musim 2018, mengikut peraturan baru yang diumumkan, mereka dibenarkan mendaftarkan 3 pemain import universal, 1 pemain AFC dan 1 pemain ASEAN – format 3+1+1. Namun begitu, pasukan hanya dibenarkan untuk menurunkan 4 pemain import dalam satu-satu masa.

Dengan pengumuman ini juga, pemain-pemain terbaik dari ASEAN berpeluang untuk beraksi dalam liga bola sepak Thailand yang dilihat sebagai sebuah liga bola sepak terbaik rantau Asia Tenggara.

Sebagai percubaan, Thailand akan melakukan ‘percubaan’ peraturan baru ini dalam saingan D2 League – liga divisyen 4 Thailand mulai musim 2017.

comments